Friday 30 November 2012

~bUrgEr kOmtAr~ pAuh dE gArdEn

My Encik Cinta ajak p round2 penang...katanya nak belanja makan kat restoran pauh de garden ni la...before menjejak kaki ke sana aku dengan semangat berkobar-kobar google search la dulu tempat ni...nak tau jugak la pe yang special sangat tempat ni sampai dia ajak aku p sini...
so, setelah stalk kat link ni depauhgarden.blogspot.com hati melonjak nak p...hehe...dah berkenan kowt ngan suasana dia yang santai dan cantik tu...
pada hari yang dijanjikan, sampai sana tengok ramai gak la orang...restoran ni jadi pilihan sebab burger dia yang memang marvelous habis...haha...1st tu aku teringin nak makan chicken chop memandangkan dah lama aku x makan chicken chop tapi tokwan tu nak makan burger...dalam keadaan terpaksa jgk r aku ikut dia makan burger memandangkan burger king kowt...memang besar...makan sorang memang xkan habis...at last x sia-sia jugak r makan burger pown berbaloi jugak la aku ikut cakap dia kan...(^_^)

nampak x burger tu...memang besaq kan...hehe


burger KOMTAR daging special...yummy


thanks eh yunk...nanti ada masa free kita p lagi k kat sini...pasni nak makan chicken chop plak...hehe...hari tu saya ikut awak so pasni awak kena la ikut selera saya plak k...(^_^)


Thursday 29 November 2012

~AkU dAn diA di mEngkUanG dAm~

dulu aku hanya mendengar nama mengkuang dam di bibir adikku dan si dia...hati melonjak nak menjejak kaki ke sana dan impianku terlaksana apabila dia sudi membawaku ke tempat tersebut...1st time sampai memang teruja...MasyaAllah sgt cantik view tempat ni...sesungguhnya alam ciptaan Allah tu tersangat la indah...rasa tenang je tengok tasik yang penuh dengan ikan-ikan...tumbuhan hijau yang tak jemu memandang...memang tenang la kat sana...sapa-sapa yang ngah tension tu boleh la meluangkan masa mai sini...(^_^)
meh nak bagi info tentang mengkuang dam ni...
mengkuang dam ni merupakan empangan yang terbesar di negeri Pulau Pinang...ia mula dibuka pada tahun 1985...empangan yang cantik ni terletak di daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam dan lebih kurang 28km dari Butterworth (info Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah)...


 ~sebahagian daripada view mengkuang dam~

~paling aku suka gambaq dia yang ni...nampak sweet sgt senyuman dia...suwh dia buat profile picture tuk fb xmau...tapi tak boleh klu dia letak gambaq ni comfirm la minah-minah di luar sana add dia...x boleh2~








~tengok...klu mr.encem ni bgambaq supermodel2 suma kena resign..hehe~


~aku dan dia~











Friday 23 November 2012

~tEntAng wAnitA~

wanita seorang insan yang sangat lembut bicaranya...yang sangat lembut hatinya...sekeras-keras wanita masih tersimpan kelembutan...


meh kita lihat tentang wanita...

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).


4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.


5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.


7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.


8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.


9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.


11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.


13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.


14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.


15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.


16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!


18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.


19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.


20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama di cari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!


22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.


23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.


25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.


26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.


27.Senjata wanita adalah airmata!!


28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.


29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.


30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



~tErimA kAsiH sAhAbAt~

yeay...yeay...dpt header bawu...thanks tau Siti Nursyamimi coz sudi buat header kat aku...hehe...cayunk hg tau beb...nnti leh la mintak tolong lagi kan buat header tuk aku...pe2 pn terima kasih daun keladi kalau boleh buat lagi...(^_^)



thanks mimi tuk header yang cantik nie...(^_^)

Thursday 22 November 2012

~spEnd timE witH x-hOusEmAtE

credit to madihah dan kak nursyatini coz sudi datang jemput aku tuk habiskan masa bersama...aku sangat hargai suma tu...bersama ngan depa buat aku ase hilang segala stress yang melandaku...memang happening habis...melangkah ke sedim tuk kali kedua membuatku teruja...tambahan pula kami dapat naik jambatan yang panjang tu...nama dia 'tree top walk'...berjalan sambil menghirup udara segar dari tumbuhan yang menghijau memang menyenangkan...tiada pencemaran dan ase dekat ngan alam sekitar yang cantik...walaupun ase gayat naik tree top walk tu tapi hati mau cekal...semangat mau kental...hehe


~with them at sungai sedim, kulim~


~di atas jambatan tree top walk~


~kembar tak seiras...hehe~


~kak tini~



lepas menghabiskan masa di sungai sedim kami berangkat ke mengkuang dam...tp time sampai kat sana dah nak magrib so sekejap jelah persinggahan kami di situ...kat mengkuang dam memang ramai orang beriadah dan ada juga yang menghabiskan masa melihat pemandangan tepi tasik yang sangat cantik...1st time aku sampai di situ bersama si dia hati sangat-sangat teruja dan terpesona...ni kali kedua tapi aku tetap teruja kerana pemandangan dan tempat tu memang sangat2 cantik...





~mengkuang dam~



ada lagi part2 yang cantik kat mengkuang dam ni tapi kami tak p terjah suma memandangkan hari dah hampir gelap...klu nak tengok view yang cantik tunggu post aku bersama dengan cinta hati di tempat yang sama...(^_^)

~peace~

Wednesday 21 November 2012

~cOnvOtiOn At thE mOmEntUm~

tanggal 09 Oktober 2012 adalah saat yang ditunggu-tunggu olehku dan juga kawan-kawan seperjuangan...tarikh tersebut merupakan tarikh keramat untuk kami yang bergelar mahasiswa Universiti Utara Malaysia...Setelah hampir setahun menamatkan pengajian di dalam bidang pengurusan kerja sosial, aku berjaya mendapat segulung ijazah pada sesi ketujuh konvokesyen Universiti Utara Malaysia...

kini aku mampu tersenyum sebagai seorang graduan berijazah dalam pengurusan kerja sosial...tahniah kepada teman-teman seperjuang...kita berjaya mengejar mimpi yang menjadi realiti...harap apa yang dipelajari mampu dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian...sangat-sangat merindui kenangan bersama korang...namun apakan daya kekangan masa membataskan kita untuk bersama...


~thanks my family for this rose <3~


~with my mom and dad~

~with my bff mariam ismail~

~with my anak buah danial irfan dan mariam salsabila~

AkU sUkA diA

aku sangat menyukai dia...aku sangat mencintai dia...aku sangat menyayangi dia dan aku sangat merindui dia...kehadiran dia dalam hidupku mengubah segalanya...dia hadir saat diriku kekosongan dan mencari teman...dia menghulurkan salam persahabatan untuk kali kedua walaupun aku pernah melukai hatinya satu masa dulu...aku terharu tiada dendam yang bermukim di lubuk hatinya padaku yang pernah mengecewakan dirinya...aku terharu kerana dia masih menyayangiku seperti dahulu tanpa ada sekelumit perasaan benci...dia membuatku terbuka mata untuk menerima cinta sejati...dia membuatku terbuka pintu hati untuk meletakkan dia di penjuru hati yang terdalam...ikhlas kehadiran cintanya untuk kali kedua membuatku lebih menghargai dia...dan kini dia telah membahagiakanku dengan cara dia yang begitu mempesona...dia adalah segalanya untukku...terima kasih bakal imamku kerana sudi menerimaku sebagai bakal makmummu...akan ku pelihara dan ku semai cinta kita dengan benih kejujuran dan kesetiaan...aku juga akan siram cinta kita dengan keiklasan...aku sangat sayang kamu sayang...


~with him at gunung inas~